CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 6, 2009

Lawatan Amal ke Rumah Baitul Kasih

28 November 2008 yang lalu aku terima email dari Puan Zeti (pengerusi Biro Kebajikan MQA) untuk mewar2kan kepada warga MQA yang prihatin bahawa Rumah Amal Baitul Kasih memerlukan sumbangan ikhlas. Pengasas rumah Amal ini namanya Ummu Liza....dia nih bukan orang senang tapi atas keprihatinan dia..dia tubuhkan jugak rumah Amal nih.....memandangkan beliau memerlukan perbelanjaan yang banyak jadi dia mohon sedikit sumbangan dari orang awam. Takut2 jugak aku nak send kat semua warga MQA...yerlah asyik2 email mintak hulurkan sumbangan jer....tapi tanpa di sangka2 email nih mendapat perhatian ramai ....rupanya ramai warga MQA yang begitu prihatin...email aku dihujani dgn pelbagai pertanyaan....alangkah gembira dan terharunya.....aku lak rasa sedih! Bila terlalu banyak permintaan kitaorg (Biro Kebajikan MQA) cadang nak buat collection untuk barang2 keperluan yg hendak diderma kepada rumah Amal ni...bermula dari aku send email sampailah kehari nak g hantar sumbangan nih masih ada yg sudi memberi sumbangan..terharunya....paling aku terharu bila tengok barang2 baby ...teringatkan anak2 aku yang bertuah punya kehidupan yang sempurna dan selesa dan pastinya penuh dengan kasih sayang......
Tanggal 24 Disember 2008, kitaorang (wakil dari MQA) pun g ke rumah Amal ini bersama coaster MQA. Mula2 aku hanya dapat tempah sebuah keta jer....tapi saat2 nak g En. Mokhtar sudi bagi kitaorang guna coaster MQA yang sudi dipandu oleh En Ramli. Alhamdulillah...muat ler nak tempatkan barang2 yang kitaorang nak dermakan sumbangan dari warga MQA tuh...inilah kebesaran Allah memudahkan urusan kami.
Bila sampai kawasan Sg Buloh aku dah cuak2 dah....yerlah kawasan yang kitaorang tuju tuh kat kawasan perumahan yang boleh tahan mahalnya kalau nak sewa (berpandukan pada alamat yang Ummu Liza bagi ler)...apatah lagi nak beli....alamak! mati ler aku..... takut2 jugak..mana ler tau rumah Amal nih sebenarnya tergolong dengan rumah Amal yang memang banyak dapat sponsor....tapi....


Anak kecil nih bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara, tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.




Inilah wajah bakal CEO MQA.. Insya Allah. walaupun hidup sebagai OKU tapi adik nih aktif sangat...seronok tengok gelagat dia yang ceria...



Puan Zeti menghulurkan sedikit sumbangan kepada salah seorang penghuni rumah Amal ini bagi mewakilkan Ummu Liza, semasa kehadiran kami di sini Ummu Liza tidak ada di rumah kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting di Petaling Jaya. Ralat juga rasanya kerana tak dapat bersua muka dengan pengasas rumah amal yang berhati mulia ini.


Rakan2 MQA yang turut serta dalam lawatan amal ini menyerahkan bungkusan sumbangan ikhlas dari Warga MQA .....banyak jugak ler dapat kami sumbangkan barang2 keperluan kepada rumah Amal nih.....walaupun tak seberapa sekurang2nya dapat meringankan beban yang adakan??? Terima kasih banyak2 pada semua....


Beginilah keadaan dapur rumah Amal ini. Serba kekurangan. sedihnyer....









Antara sumbangan orang ramai yang prihatin pada kesusahan Ummu Liza dalam menjaga anak2 yatim dan golongan OKU yang begitu memerlukan bantuan.
Inilah antara wajah2 penghuni rumah Amal ini yang begitu rindukan kasih sayang dan perhatian semua....walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan dan dalam kepayahan tetapi mereka gagahi jua melangkah dalam melalui liku2 kehidupan yang mendatang..... Moga mereka terus diberi ketabahan.

Disebalik senyuman tersimpan kedukaan dan kehausan kasih sayang yang sukar diunggap oleh kata2.

Hanis dan Ikin mengabadikan kenangan bersama adik Irfan yang kehilangan bapa ketika dalam kandungan ibunya...Ibu adik Irfan nih terpaksa bergelut dengan kesakitan seorang diri ketika melahirnya di rumah kerana tidak mampu pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan.....

Antara wajah begitu rindukan belaian kasih sayang dan perhatian.






Adik Fatimah terlena bersama teddy bearnya.