CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 27, 2008



MAC



Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
· Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
· Suka pada kedamaian
· Sangat peka kepada orang lain
· Sesuai dengan kerjaya yg memberi khidmat kepada orang lain
· Tidak cepat marah dan sangat amanah
· Tahu balas budi dan tahu kenang budi
· Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
· Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
· Suka berangan-angan
· Suka melancong
· Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
· Kelam kabut dalam memilih pasangan
· Suka dengan hiasan rumahtangga
· Punya bakat seni dalam bidang muzik
· Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik · Jangan terlalu moody



Mutiara Hati :

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Tuesday, August 12, 2008



Mutiara hati :

Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda menilai keindahan gunung yang tertinggi. Tatkala anda bermurung itulah keunggulan anda terserlah, ketara teruji. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menzahirkan kesungguhan anda.

Sunday, August 10, 2008

Gelagat Permata2 Hatiku

Syahmi & Irfan memang suka bergambar so aku pun memang suka rakam aksi2 mereka..nanti bila diaorang dah besar aku nak tunjuk kat diaorang aksi diaorang masa kecil2...


Ini antara aksi Syahmi riba adik dia sambil tengok tv ceta Tom Tom Bak (ceta favourite dia)..bagusnyer abang syahmi....camnih ler abang yang baik! he3

Syahmi menahan geram lihat aksi adik dia..tengok mulut dia pun dah tau..tuh tak lain nak gigit adik dia ler tuh..

Antara gelagat syahmi & irfan..kadang2 syahmi seperti seorang abang yg penyayang dan kadang2 sekelip mata dia boleh berubah...jd seorang abang yang nakal....kesian adik dia asyik kena sakat jer...sabo jelah dik yer...

Pic nih aku ambik masa umur irfan 4 bulan..dah pandai ketawa klau kena agah & suka main permainan yang ada bunyi2an..


Ni lak pic irfan time kat PPUM...Dr. cakap dia kena jangkitan kat kulit kepala. Kulit kepala dia berair dan merah maybe sebab ezema...Alhamdulillah skrg dah ok tapi bergantung kat ubat juga ler....macam abang dia jugak masa kecik2 ellergic kulit..cuma bezanya abang dia muka dan kaki..adik dia lak kena kat kulit kepala...



Kalau kelapangan aku & my hubby memang suka g mandi kat kolan renang kat Kelana Jaya..lagipun Syahmi memang suka berenang...kdg2 tak sempat tukar baju dia dah terjun kolam renang...tak sabo2 nak mandi.

Ni lak kat taman permainan..konon2 naik kuda ler tuh...



Kenangan terindah yang pernah tercipta dengan anak ku Najihah. Sampai bila2 pun takkan ku lupakan kenangan ini.....saat bererti dan istimewa.


Mutiara kata :


Apabila hari kelmarin telah beranjak meninggalkan kamu, maka di hadapan kamu ada hari ini. Apabila hari ini akan menghimpun daun-daunnya kemudian membawa pergi berlalu, maka kamu masih memiliki hari esok. Jangan biarkan diri kamu bersedih kerana hari kelmarin, sebab ia tidak akan kembali. Janganlah pula kamu menyesali hari ini, kerana ia pasti akan pergi juga TETAPI impikanlah mentari yang bersinar terang di hari esok yang indah.

Semoga Allah mencurahkan rahmatNya kepadamu
wahai pembawa panji hidayah
Hari-hari menjadi ceria dengan kehadiranmu

Saat2 indah bersama teman2 - d' LAN






Ini sebahagian staff Bahagian Teknologi Maklumat, MQA...kitaorang abadikan pic nih masa nak sambut raya aidilfitri tahun 2006..time nih aku tengah sarat pregnant kat Syahmi..tapi sekarang nih semua hanya tinggal sebagai kenangan jer...yang bertukar ke Bahagian lain pun ada dan yang bertukar ke Jab lain pun ada..walau camner pun aku harap kenangan yang tercipta antara kita semua aan terus kekal abadi di kotak fikiran...nak ulang balik keindahan tuh mustahilkan so kita abadikan jer erk!!! moga semua terus berjaya...



21 - 23 Julai' 08 yang lalu aku hadiri kursus 'Transformasi cara bekerja: Peningkatan Prestasi ke arah kecemerlangan' (Kakitangan sokongan) Siri 11, kat MQA.......nih adalah antara aktiviti kumpulan aku KAIZEN yang dapat aku abadikan sebagai kenangan...Tengah discus nak buat assignment pun sempat lagi pose lagikan?




Saat2 menghadiri Kursus Perkhidmatan Berorientasikan Pelanggan, ajuran Kementerian Pengajian Tinggi di Cherating, Kuantan Pahang pada 4 - 6 Julai 2007. Wakil dari LAN 3 oarng jer aku, kak Suhaila dan Suriati...memang best giler kursus nih...enjoy sgt...kitaorang rasa cam g bercuti jer...he3.



Memory sambutan hari raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh LAN pada 2007...ini sambutan hari raya terakhir LAN sebabnya pastuh LAN dah tak wujud...dah berkubur namun tetap kekal diingatan warga MQA yang pernah berkhidmat di LAN.

Tinggal kenangan...saat indah bersama Kak Suhaila, Kak Ana & Rohaidah yang telah berpindah ke floor lain..yang tinggal hanya aku & Kak Ita yang masih kekal di tg. 11B.


Sempat bergambar kenangan dengan Fazley...masa nih Fazley datang kat LAN untuk tujuan kerja..tapi kitaorang ambik kesempatan bergambar dengan dia..mujur dia sporting sudi bergambar dengan kitaorang...


Sekitar majlis Hari Kualiti anjuran LAN

Mutiara Kata :

Walau ape pun tanggapan orang tentang kawan .. bagi saya, kawan tupenting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan -kawan nya.










Thursday, August 7, 2008

SeKiTaR MaJLiS KoNVo aDiK aKu FaDiL

Saat gembira ketika menghadiri konvo adik aku Fadil kat UiTM, Shah Alam. Time nih dia baru jer habis ambik Diploma Sains Kuantitatif kat UiTM Shah Alam...sekalung tahniah buat adik aku. Moga lepas nih aku akan dapat hadiri Majlis Konvo dia lagi tuk peringkat Ijazah lak...



Bergambar kenangan bersama mak, ayah dan adik2 aku Haikal dan Ikhmal








Syahmi tak lepaskan peluang bergambar jugak dengan Pak Teh dia..tuh senyum gembira ler tuh!!!






Mutiara Kata :

Kehidupan manusia bukanlah suatu jalan yang datar dan licin melalui dengan senang dan damai, tetapi kehidupan manusia penuh onak duri, suka duka dan perjuangan belaka.
Keberuntungan itu terdapat cuma pada orang yang berani dan pada orang yang penakut tertutup. Berhasil apa tidaknya maksud kita tergantung kepada keberanian hati kita.
Kekuatan tidaklah dapat mengalahkan kebenaran, melainkan kebenaranlah yang mengalahkan kekuatan.
Merangkak tetapi sampai, terlebih baik dari berlari putus di jalan












Mandi Manda kat Air Terjun Kuala Kubu

Dalam bulan Mac' '08 aku dan keluarga serta kawan2 my hubby g berkelah kat kawasan air terjun Kuala Kubu...kawasan perkelahan nih memang cantik sgt..rasa cam g kawasan kampung yang tak tercemar dengan pembangunan....andai ler kawasan ni terus kekal sampai bila2 kan bagus....suasana yang nyaman...udara yang tak tercemar....air terjun yang mengalir jernih...indahnya ciptaanMu Tuhan....hambaMu rasakan terlalu kerdil bila menikmati keagunganMu....


Syahmi tak takut air betul walaupun air nih sejuk sgt..aku pun tak tahan dengan kesejukan air terjun nih.




Walaupun tengah sarat pregnant aku masih nak jugak g mandi air terjun....sebulan pastuh aku selamat lahirkan irfan....best jugak air terjun kat kuala kubu nih. sejuk! kawasan dia pun cam rasa kat kg jer....


Dah penat mandi berehat jap...letihnyer...





Syahmi menikmati kicauan burung yang berterbangan...dia kalau boleh nak terbang cam burung ler tuh..sebab tuh kusyuk sgt tengok....he3

Mutiara Kata:
Semoga kebahagiaan menjelma.
Semoga jiwa kita terubat dengan harapan.
Maka janganlah menyerah
sebab jika kau menyerah
kecemasan akan menyergap jiwa.
Seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang memiliki harapan.