Floor aku tq. 11B (Bahagian SAH & BTMM) dulu2 kala memang rajin buat sambutan birthday nih...saja sambil2 sambut birthday kengkawan kitaorang dapat makan kek...sedap tau!!!! Pic2 kat bawah nih antara kenangan indah yang pernah tercipta dalam kamus hidup kitaorang. Walaupun ia hanya tinggal sebagai kenangan namun sukar untuk luput dari kotak fikiran betapa indahnya saat2 yang kitaorang pernah lalui nih...
Ntah bila ler member2 aku plan buat surprise sambut birthday aku nih...terkejut sket jer....yang bestnyer aku syer sambut birthday dgn Cik Sumi..kitaorang lahir bulan yang sama bulan Mac. Buat2 member2 satu floor tg. 11B nih tq bebanyak nih buat sayang giler kat korang nih..tapikan aku nak ucap bebanyak tq kat kak zura jugak sbbnyer dia memang planner yang baik ...tapi apasal birthday kak zura asyik kena time bulan posa jer...maaf erk tak dapat sambut birthday kak zura sebabnya kitaorang semua posa....he3
Kek kenangan birthday aku yang ke-28....alamak dah tuo rupanya..2 tahun lagi 30thn..... 26 tahun pastuh aku dah umur 56..yer..yer..dah pencen..takyah susah2 g keje dah!!!
Kitaorang memang suka sgt buat kejutan sambutan birthday nih...kali nih walaupun sibuk kitaorang tetap sempat buat surprise untuk sambut birthday Puan Nabisah. terharu ler tuh!!! tapi best cam satu kepuasan jer...he3
Mutiara Kata :
Pic kenangan sambut birthday suriati kat KFC...kitaorang saja buat surprise sambut birthday di kat luar opis. Saat ini walaupun dalam kesedihan diuji Allah namun dia masih mampu tersenyum walau dalam duka. Pasti apa yang berlaku ada hikmahnya so Sue jangan sedih2 yer....pasti lepas nih ko akan jumpa yang lebih baik dan layak untuk ko. Amin.
Saat2 indah Bahagian Teknologi Maklumat Sambut Birthday Kak June...Kak Suhaila pun join sekali. Tapi semua ni tinggal kenangan sebab yang kekal hingga saat ni (07/08/08) kat Bahagian TMM nih aku, hima, kak zura, munirah dan Cik Sumi jer.yang lain dah berpindah. Amy dah tukar berkhidmat kat Kastam Bentong, Kak Kiah dah tukat Bahagian SAH, Kak Nenney, Kak June dan Kak Suhaila lak dah tukar kat Bahagian Sosial. Sedihnyer!!!
Ini antara pic kenangan time Birhtday Kak Suhaila & Hima..terharu jugak dia bila kitaorang buat surprise sambut birthday diaorang kat opis. Hima nih jenis 'kememeh' sket apalagi meleleh ler air mata dia bila kitaorang buat surprise camnih...mujur tak histeria! he3..
Mutiara Kata :
Secebis kasih membuatkan kita sayang, Seucap janji membuatkan kita percaya, Sekecil luka membuatkan kita kecewa....tetapi sebuah persahabatan selamanya bermakna.
Ombak datang kita terima, ombak pergi kita relakan juga walaupun dengan hati yang pasrah. Sebabnya pantai tahu ombak tak pergi sendiri2...pergi bersama pantai ke lautan. Dan pantai itulah KENANGAN.
0 comments:
Post a Comment