28 November 2008 yang lalu aku terima email dari Puan Zeti (pengerusi Biro Kebajikan MQA) untuk mewar2kan kepada warga MQA yang prihatin bahawa Rumah Amal Baitul Kasih memerlukan sumbangan ikhlas. Pengasas rumah Amal ini namanya Ummu Liza....dia nih bukan orang senang tapi atas keprihatinan dia..dia tubuhkan jugak rumah Amal nih.....memandangkan beliau memerlukan perbelanjaan yang banyak jadi dia mohon sedikit sumbangan dari orang awam. Takut2 jugak aku nak send kat semua warga MQA...yerlah asyik2 email mintak hulurkan sumbangan jer....tapi tanpa di sangka2 email nih mendapat perhatian ramai ....rupanya ramai warga MQA yang begitu prihatin...email aku dihujani dgn pelbagai pertanyaan....alangkah gembira dan terharunya.....aku lak rasa sedih! Bila terlalu banyak permintaan kitaorg (Biro Kebajikan MQA) cadang nak buat collection untuk barang2 keperluan yg hendak diderma kepada rumah Amal ni...bermula dari aku send email sampailah kehari nak g hantar sumbangan nih masih ada yg sudi memberi sumbangan..terharunya....paling aku terharu bila tengok barang2 baby ...teringatkan anak2 aku yang bertuah punya kehidupan yang sempurna dan selesa dan pastinya penuh dengan kasih sayang......
Tanggal 24 Disember 2008, kitaorang (wakil dari MQA) pun g ke rumah Amal ini bersama coaster MQA. Mula2 aku hanya dapat tempah sebuah keta jer....tapi saat2 nak g En. Mokhtar sudi bagi kitaorang guna coaster MQA yang sudi dipandu oleh En Ramli. Alhamdulillah...muat ler nak tempatkan barang2 yang kitaorang nak dermakan sumbangan dari warga MQA tuh...inilah kebesaran Allah memudahkan urusan kami.
Bila sampai kawasan Sg Buloh aku dah cuak2 dah....yerlah kawasan yang kitaorang tuju tuh kat kawasan perumahan yang boleh tahan mahalnya kalau nak sewa (berpandukan pada alamat yang Ummu Liza bagi ler)...apatah lagi nak beli....alamak! mati ler aku..... takut2 jugak..mana ler tau rumah Amal nih sebenarnya tergolong dengan rumah Amal yang memang banyak dapat sponsor....tapi....



















Disebalik senyuman tersimpan kedukaan dan kehausan kasih sayang yang sukar diunggap oleh kata2.
0 comments:
Post a Comment