
Thursday, October 23, 2008
Rumahku Syurgaku..bila ler nak siap???
Seperti pasangan lain yang dah b'keluarga punya keinginan untuk memiliki rumah idaman ...begitu jugak dgn aku....sebaik jer aku berkahwin dgn my hubby aku dah mula tercari2 rumah yang aku mampu miliki....dalam tercari2 tu...., satu hari aku ternampak satu iklan kat tepi jln kat areal rumah aku..iklan apartment untuk dijual...so aku dan my hubby pun g ler kat tempat tuh kebetulan lak opis pemaju tu dekat jer dgn rumah yg kitaorg dok skrg. Taman Dato' Harun, Petaling jaya. Masa kitaorg g harga apartment tu tingkat bawah sekali rm 88,000..tapi makin tinggi makin mahal. ada ker patut!!1. time nih loan perumahanan aku hanya layak RM 70,000 jer nak cekau mana RM 18,000 lagi...alamak melepas! aku sedih gak sbbnya aku suka sgt apartment tuh...rasa nak jugak beli..tapi tak mampu milik so melepas......sedih siot!!
Tak lama lepas tuh ada pengumuman belanjawan tuk tahun 2007 ... Antara budget yg best di dengar loan perumahan utk penjawat awam dinaikkan 20%. Yes! maknanya aku leh ler beli apartment tuh.....keesokkannyer aku ajak my hubby g semula jumpa pemaju tuh...dan memang dah rezeki aku kot dan rezeki syahmi yg time tuh dalam kandungan aku (time nih aku dah nak dekat bersalin). Aku berjaya apply apartment tuh ..sebab masih ada kekosongan... dan bermula ler proses pembelian....Aku nak beli sangat sbbnye sampai bila aku nak menumpang umah mak mertua aku kan??? skrg nih aku dok menumpang umah mak mertua aku...walaupun mak mertua aku kat kg tapi segan ler!
Kini dah tahun 2008... menurut pemaju awal jan 2009 aku dah leh dok umah sendiri....tak sabarnyer....kak dilla, kak ana, kak sue, ida dan suriati pun tentu tak sabar nak dok umah tuh gak tu!!!

Posted by Hasnida Mohd Yunus at 2:01 AM 0 comments
Tuesday, October 21, 2008
Indahnya Lebaran d' Tg 11B (MQA) - 2008
Seperti tahun2 yg lepas tg. 11B akan tetap mengadakan majlis tahunan menyambut kedatangan lebaran...walaupun sibuk dgn keje seharian..kitaorg tetap bekerjasama membanting tulang (konon2 jer) menjayakan majlis penuh erti buat semua warga MQA nih...time nih ler masing2 nak menunjukkan kehebatan sama ada terror masak atau tak??? hehee...tapi ramai yg pandai masak...kalau tak pandai masak takkan ler semua mknan habis di'bedal'......aku rasa cam leh mati kekenyangan jer...sampai mlm aku tak leh mkn...perut takder ruang ler.....
Sayangi sebuah persahabatan kerana di situ terciptanya kemesraan
Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ terciptanya kerinduan
Hargailah kedua2nya kerana itulah rahmat dari Tuhan untuk kita.
Posted by Hasnida Mohd Yunus at 2:15 AM 0 comments
Tuesday, October 14, 2008
KeMeRiaHaN SaMBuTaN aiDiLFiTRi d'MQA 2008
Dalam Kemeriahan sambutan aidilfitri, MQA tak lepaskan peluang mengadakan rumah t'buka MQA bg menyambut kehadiran syawal bersama warga MQA. Kali ini sambutan hari raya dibuat pada 14 Oktober 2008 kat Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Maybe saja bertukar angin kot..biasanya kitaorang buat kat opis jer pastuh jemput sapa2 yg ada kaitan dgn MQA seperti APP & IPTS. Meriah sgt! Tahun nih boleh ler...yg meriahnyer sbb dpt makan free jer....suasana biasa2 jer....
Mutiara hati :
Kita harungi b'sama
Suka duka kehidupan....
Kita dewasa dengan pengalaman
dan kenangan yang indah
Kita lupakan segala sengketa lama
agar ikatan p'sahabatan
yang b'padu
tetap manis dan b'kekalan.....
Posted by Hasnida Mohd Yunus at 12:09 AM 1 comments
Monday, October 6, 2008
Indahnya Lebaran 2008
Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga serta segala2nya akhirnya tibalah saat dinanti2 oleh semua umat Islam terutamanyer aku ler..heheee..tahun nih 'turn' aku kena ikut my hubby raya kat kg. dia Melaka....dah 2 tahun berturut2 beraya kat Pahang...cam tak adil lakkan??? Walaupun beraya kat Melaka kira best gak ler...aku sebagai ibu kepada Syahmi & Irfan tumpang gembira sebab dapat bantu anak2 aku tambah koleksi duit raya...heheee....lepas ler claim duit tol dan minyak keta....heheee (acah jerrrr)




Pic nih aku ambik time nak balik ke Pahang...saja pakaikan diaorang baju colour sama....teringin nak anak twin tak dapat so pakai baju sama pun cam twin jugakkan??
Syahmi tak lepaskan peluang yang ada...sempat lagi suruh aku rakam aksi ganazz dia panjat motor dgn sepupu2 dia...Time nih kitaorang beraya kat Pahang.
Raya ke-3 kitaorg g Pantai Lanjut, Rompin...ada ke patut orang g beraya kitaorang g mandi laut lak...tak sesuai...tapi best per? kelaianan. Mula2 ingat nak g berkelah tapi tak jadi....takut hitam lak balik KL. So kitaorang g belah petang....best gak ler...
Mutiara Kata:
Angankan apa yang engkau inginkan, pergilah kemana engkau ingin pergi, jadilah seperti yang engkau kehendaki, sebab hidup hanya sekali dan engkau hanya memiliki satu kesempatan untuk melakukan segala hal yang engkau ingin lakukan. Semoga engkau punya cukup kebahagiaan untuk membuatkanmu tersenyum, cukup percubaan untuk membuatmu kuat, cukup penderitaan untuk tetap menjadikanmu manusiawi dan cukup pengharapan untuk menjadikanmu bahagia.
Posted by Hasnida Mohd Yunus at 10:52 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)