CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 6, 2008

KeNaNGaN SaMBuT BiRTHDaY DGN KeNGKaWaN

Floor aku tq. 11B (Bahagian SAH & BTMM) dulu2 kala memang rajin buat sambutan birthday nih...saja sambil2 sambut birthday kengkawan kitaorang dapat makan kek...sedap tau!!!! Pic2 kat bawah nih antara kenangan indah yang pernah tercipta dalam kamus hidup kitaorang. Walaupun ia hanya tinggal sebagai kenangan namun sukar untuk luput dari kotak fikiran betapa indahnya saat2 yang kitaorang pernah lalui nih...


Ntah bila ler member2 aku plan buat surprise sambut birthday aku nih...terkejut sket jer....yang bestnyer aku syer sambut birthday dgn Cik Sumi..kitaorang lahir bulan yang sama bulan Mac. Buat2 member2 satu floor tg. 11B nih tq bebanyak nih buat sayang giler kat korang nih..tapikan aku nak ucap bebanyak tq kat kak zura jugak sbbnyer dia memang planner yang baik ...tapi apasal birthday kak zura asyik kena time bulan posa jer...maaf erk tak dapat sambut birthday kak zura sebabnya kitaorang semua posa....he3

Kek kenangan birthday aku yang ke-28....alamak dah tuo rupanya..2 tahun lagi 30thn..... 26 tahun pastuh aku dah umur 56..yer..yer..dah pencen..takyah susah2 g keje dah!!!

Kitaorang memang suka sgt buat kejutan sambutan birthday nih...kali nih walaupun sibuk kitaorang tetap sempat buat surprise untuk sambut birthday Puan Nabisah. terharu ler tuh!!! tapi best cam satu kepuasan jer...he3



Pic kenangan sambut birthday suriati kat KFC...kitaorang saja buat surprise sambut birthday di kat luar opis. Saat ini walaupun dalam kesedihan diuji Allah namun dia masih mampu tersenyum walau dalam duka. Pasti apa yang berlaku ada hikmahnya so Sue jangan sedih2 yer....pasti lepas nih ko akan jumpa yang lebih baik dan layak untuk ko. Amin.


Saat2 indah Bahagian Teknologi Maklumat Sambut Birthday Kak June...Kak Suhaila pun join sekali. Tapi semua ni tinggal kenangan sebab yang kekal hingga saat ni (07/08/08) kat Bahagian TMM nih aku, hima, kak zura, munirah dan Cik Sumi jer.yang lain dah berpindah. Amy dah tukar berkhidmat kat Kastam Bentong, Kak Kiah dah tukat Bahagian SAH, Kak Nenney, Kak June dan Kak Suhaila lak dah tukar kat Bahagian Sosial. Sedihnyer!!!



Ini antara pic kenangan time Birhtday Kak Suhaila & Hima..terharu jugak dia bila kitaorang buat surprise sambut birthday diaorang kat opis. Hima nih jenis 'kememeh' sket apalagi meleleh ler air mata dia bila kitaorang buat surprise camnih...mujur tak histeria! he3..


Mutiara Kata :

Secebis kasih membuatkan kita sayang, Seucap janji membuatkan kita percaya, Sekecil luka membuatkan kita kecewa....tetapi sebuah persahabatan selamanya bermakna.

Ombak datang kita terima, ombak pergi kita relakan juga walaupun dengan hati yang pasrah. Sebabnya pantai tahu ombak tak pergi sendiri2...pergi bersama pantai ke lautan. Dan pantai itulah KENANGAN.



















Tuesday, August 5, 2008

Majlis Perpisahan CEO d' Hotel Quality, Shah Alam

Sekitar Majlis Perpisahan CEO LAN Prof. Dato'. Dr. Mohammed Salleh B. Mohammed Yasin. Majlis ini diadakan di Hotel Quality, Shah Alam pada 9 Mac 2007.


Dalam kesedihan Majlis perpisahan CEO masih sempat bergambar kenangan.
dari kiri: anis, gee, izani, mashitah, rohaidah, kham dan aku ler...

Mutiara Kata :

Sayangi sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan.
Kenangi sebuah persahabatan kerana disitu terciptanya kerinduan.
Hargailah kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan untuk kita.

Sunday, August 3, 2008

Bercuti di Genting Highland, Pahang

Gambar2 kenangan ketika bercuti ke Genting Highlans. Best juga...kitaorang dapat separuh harga jer masuk tuk main kat indoor genting nih...sbbnya adik aku Nirman keje kat sini so dapat ler harga staff. Kira ok lerkan???


Seronok betul syahmi dapat g Genting Highland tuh sampai cam nak melompat..mujur pak teh dia pegang kuat2...dia nih klau bawa berjalan memang suka sgt...

Konon2 pose manja ler tuh!!!

Kabus tebal..sejuk jugak..kesian syahmi aku lupa pakaikan baju sejuk.....









Syahmi suka sgt naik kapal terbang nih...aku terpaksa tebalkan muka dok dlm kapal terbang nih sampai dekat 1/2 jam..apa taknya bila berhenti jer kapal terbang nih aku nak turun jer syahmi menangis..menjerit taknak turun...takkan aku nak biar jer dia nangis so kena layan perangai dia dok ler kat dalam tuh sampai dia bosan...ibu mithali ler katakan...




Mutiara kata :

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.









ad

Family day MQA (Hotel Everly Reosort, Melaka)

Tanggal 28 - 30 Mac '08 yang lalu MQA telah mengadakan Family day kat Hotel Everly Resort, Melaka. Walaupun time nih aku tengah sarat pregnant tunggu masa jer nak bersalin, namun aku gagah juga g family day nih..lagipun kat Melaka aku g ler..konon2 kalau aku rasa nak terbersalin aku g ler Hospital Besar Melaka. Lagipun mak mertua aku dok kat Melaka so rasanya ok ler kan? Kalau kat area utara sah2 ler aku tak g. jauh sgt....


Dalam kesejukan pun syahmi masih leh beri pose bersama darwisy anak kak Dilla


Kat Hotel Everly ni ada kolam renang so syahmi takkan lepaskan peluang mandi kolam renang..siap bawa pelampung lagi. Rasa cam nak mandi sampai petang jer...best tau!!!




Pose istimewa syahmi bersama hadiah Teka Musang Berjanggut anjuran Kelab Kebajikan MQA..yang best tuh dapat tempat pertama. Rezeki syahmi dan baby yang bakal lahir.








Konon2 tengah kusyuk berbual ler tuh...sebenarnya berlakon jer lebih. Bercakap pun tak reti lagi time nih.


Lepas lunch syahmi sempat menikmati permandangan indah kat lobby hotel.he3



Sebelum tido nak pose dulu..tapi ayah dia dah lama diulit mimpi. "Teruk ler ayah nih, tadi kata nak pose dengan syahmi dulu baru tido!"


Sempat tengok tv dengan ayah. Time nih tengah hot Akademi Fantasia 6.




Mutiara Hati :


Hidup ini tidak seindah mimpi, secerah mentari pagi dan tak seriang kicauan burung diangkasa. Namun, jika ingin bahagia dekatilah insan yang Allah ciptakan seikhlas hati.





Thursday, July 31, 2008

Kenangan di Teluk Kemang, PD

19 Mei 2008 yang lalu, my hubby bawa kitaorang berkelah kat Teluk Kemang, Port Dickson. Abang ipar aku (andak) dan awek dia pun ikut sekali....Lagipun syahmi suka main air tu yang kitaorang bawa dia mandi laut....seronok giler dia dapat mandi laut..mula2 jer cam takut2 sket..biasa ler first time dpt mandi laut.....aku rasa bahagia sgt tengok dia happy! Lain kali leh g lagikan??



Suka betul syahmi kena tanam separuh badan...sebenarnya dia duduk bersila konon2 jer tuh cam kena tanam separuh badan.he3.


Sampai2 jer sempat lagi ber'posing' sebelum mandi laut. Time nih syahmi masih taku2...maybe tak biasa kot!


Time kitaorg g berkelah nih umur irfan baru jer 46 hari tu yang masih hisap puting..mujur dia ok tak meragam...klau tak naya kitaorang.


Walaupun tengah kesejukan tapi masih sempat beri pose istimewa bersama ibu dia.

Mula2 sampai syahmi takut nak mandi laut ....sebenarnnya dia takut kat ombak tu yg berkepit kat celah ketiak ayah dia tuh. Tapi mula2 jer..pastuh ok dah. seronoknyer dia...!


Mutiara hati:

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya....tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa.



Wednesday, July 30, 2008

Majlis perkahwinan adik aku (Miza)

Kenangan di majlis perkahwinan adik ke-3 aku...Miza. Time nih syahmi baru jer umur 4 bulan..sepatutnya hujung tahun 2006...tapi disebabkan aku bersalin dan dalam pantang tuh yang postpone 10 feb'07...takper lewat2 pun korang kahwin gakkan???he3...

Mula2 syahmi cam pelik2 jer dapat dok atas pelamin..tapi lama2 biasa ler dia.syok lak!!!


Ni salah seorang anak buah aku, Lisa. dia nih anak adik ke-2 aku. Dia suka kat budak2 tapi mak ayah dia taknak anak lagi...tu yang pantang nampak baby mesti dia suruh mak ayah dia ambik bawa balik..kesian Lisa!


Aku tak lepaskan peluang menepung tawar pengantin.



Muka syahmi kepenatan...konon2 penat layan tetamu ler tuh..he3





Syahmi tak lepaskan peluang bergambar kat pelamin bersama pak njang dan mak ndak dia...syoknyer dapat dok atas pelamin.


Pic kenangan aku dan familyku...tapi tak semua ada sbb sibuk layan tetamu yg datang.
Alhamduliilah walaupun letih, namum majlis nih berjalan dengan lancar dan meriah...

Mutiara kata :
Bismillahirrahmaanirrahim...Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.......Amin.....